20050929

siapa bisa mengerti???


Jika hari ini ditanyakan soalan tentang siapa yang bisa mengerti..mungkin aku tidak akan menerima jawapannya. Siapa mampu mengerti perasaan manusia lain? Siapa peduli untuk mengerti? Siapa sanggup mengerti?
Ada apa dengan perasaanku hingga aku mahu manusia sekelilingku mengerti? Mungkin tiada apa untuk dimengertikan. Kerana aku sendiri seolah tidah mengerti perasaan sendiri.
Aku tidak pernah meminta ada manusia untuk mengerti. Dan aku tidak peduli jika tiada manusia yang sanggup mengerti.
Kerana Dia sentiasa disisi, mengerti dan memahami...cukuplah Dia untukku. Kerana Dia tidak mungkin dan tidak akan pernah mengercewakanku....
Tuhanku..jika hari ini aku terpesong. Kembalikanlah aku padaMU. Kuatkanlah aku untuk aku menghabiskan kehidupan yang masih berbaki ini. Jauhkanlah aku dari perkara yang bisa menjauhkan aku dariMu. Aku bersandar padaMu kala susah dan senang. Kerana hidupku..matiku..hanya untukMU.

Inasarif: Aku tidak perlu bersimpati pada kehidupan kerana kehidupan tidak pernah bersimpati padaku. aku tidak perlu menangis mengenangkan kehidupan kerana kehidupan tidak pernah menangis untukku....

No comments: