20041211

tak tetap sangat ker pendirian aku ni?

Ari tue g kedai buku koop aku belu buku power decision by harvey kaye.. buku ni ajar kiter camner nak buat keputusan yang berjayer dengan penuh keyakinan, aku blum katam lagi.. takder maser ar sekarang ni.. bacer skit2 lamer2 habis jugak kan?aku tak tau kenaper aku beli buku ni.. mungkin aku ni susah nak buat keputusan atau aku ni suker buat keputusan saat2 akhir... memang aku ni tak tetap pendirian... jap cakap ye.. 2 3 minit pastu aku cakap tak plak... awe cakap ku cakap cam keling... ye ker.. tapi memang pun... ntah la..yer ke memang... kerrr.. ye ker ntah.. keling ker aku ni.. alah keling pun orang jugak... setiap insan samer di sisi Tuhan.. cewah..tak gitu...?

20041206

blues untuk aku

Suatu hari,
Ketika turunnya hujan,
Aku terpaku,
renung sejenak pada kehidupan,
Terasa diri ini sungguh kerdil sekali,
Setitis air hujan yang jatuh,
Seribu rahmat dari-Nya,
Semakin air hujan itu jatuh,
Rahmat-Nya tidak terhingga,
Subur rendang pokok kerananya,
Basah tanah,
Sirami bumi yang kontang,
Ketika aku berjalan meredah hujan,
Aku mencari diri,
terkenang dosa-dosa lampau yang menghambat,
hati ini berdetik,
aku mahu lalui lorong-lorong pahala,
yang selalu aku abaikan,
basah kuyup tubuhku,
badan gigil seribu,
Meresap hingga ke hati,
Subhanallah,
KurniaMu tidak ternilai,
Terasa semakin hina aku disisi-Nya,
air yang membasahi,
berbaur air mata,
Menggongcang seluruh perasaan,
Untuk aku lahirkannya,
Sebagai tanda syukur,
Tuhanku,
Sesungguhnya,
Dalam rahmatMu,
Aku telah temui diriku.
Azlinasarif
Mid sem break 2003-aku tak balik cuti
Mission- mencari diri
Result- aku sedar kengkadang aku terlalu seronok dengan kehidupan dunia sampai leka dan lupakan Maha Pencipta.. itu kesilapan aku.. aku cuba betulkan..but still need guidance from The Almighty