20050218

puisi6

PERMINTAAN

Setiap hari aku menadah tangan ini,
Meminta,
Merayu,
Memohon belasNya,
Agar aku punya kehidupan yang bahagia,
Setiap hari sejadah ini menjadi saksi,
Permintaanku,
Setiap hari aku memohon padaNya,
Agar aku punya dunia indah bahagia,
Agar aku punya masa lebih lama di dunia,
Agar kejayaan pasti menjelma,
Agar aku punya waktu melihat ibuku tersenyum gembira,
Agar aku dikurnia kuasa,wang dan harta berjuta,
Agar aku tidak mudah lupa penghabisannya disana,
Dan,
Pada setiap detik aku meminta,
Seringkali aku terlintas,
Tamakkah aku?
Tidak cukupkah lagi apa yang telah diberi?
Tidak ada manusia yang bisa hidup sempurna,
Mau apa lagi aku dengan kehidupan ini?
Tidakkah aku sepatutnya harus bersyukur?
Tidak bersyukurkah aku?
Terlalu meminta-mintakah aku?
Murkakah Tuhan padaku?
Sejenak aku berhenti meminta,
Tapi aku kembali sedar,
Permintaan itu,
Setiap satunya,
Aku pohon dariNya,
Maha Kuasa memakbulkan,
Maha Pemurah pada hambaNya,
Melindungi aku dari kebejatan,
Hanya padaNya aku meminta,
Kerana itulah,
Hingga saat ini,
Aku terus meminta.

Ena_paisey-aku ada banyak lagi cita2 yang aku maasih belum capai... aku akan terus memohon padaNya beserta usaha agar suatu hari nanti aku mampu menjadi seperti apa yang aku inginkan...you go girl...

puisi1

KISAH ANAK DAN BAPANYA
(sempena ulangtahun ke 14 pemergian Allahyarham Sarif Ahmad)

Si bongsu ini bergurau manja,
Dengan bapanya,
Bersaksikan si ibu yang setia,
Serta saudara semua,
Anak ini tidak menduga,
Barangkali esok lusa,
Satu antara mereka tiada,
Hilai tawanya,
Bersambut gelak tawa si bapa,

Anak ini dan bapanya,
Kasihnya utuh di hati,
Sayangnya kukuh bersemadi,
Cintanya tak pernah rapuh,
Rindunya tak mungkin jauh,
Jiwanya bersatu diikat tali padu,

Kala esoknya menjelma,
Seorang pemuda mencongak langkah,
Membawa berita gundah,
Buat ibu dan seisi rumah,
Anak kecil ini bingung,
Lalu si sulong mengikut jejak pemuda,
Tidak tahu ke mana arah,
Anak ni mengetip bibir,
Ada apa semua?
Kemana si sulong?
Kenapa ibu tak keruan?
Kenapa kakak kegelisahan?

Seketika,
Si sulong pulang bersama pemuda,
Ramai!
Mengusung sekujur lembaga,
Yang keras kaku,
Namun matanya masih terbuka,
Anak ini tersentak,
Itulah bapaku!
Benar itu bapaku!
Kenapa dengan bapaku?
Kenapa ibu?
Ya Tuhan, bapaku masih sedar,
Walau tubuhnya kaku,
Ibu, bapa masih sihat!
Lalu,
Mahu dihantar ke mana bapaku?
Bapa perlu dirawat!
Mungkin esok,
Aku dan bapa bisa bergurau lagi,
Lantas,
Aku harus menunggu sampai esok?
Pasti esok bapa pulang,
Bapaku pasti pulang!
Kerana aku akan senantiasa menunggu,

Subuh itu,
Tidurku dikejut kakak,
Bapa pasti sudah pulang!
Bingkas bangun,
Anak ini berlari,
Menuju ruang besar,
Terhenti langkah,
Apa ditengah ruang itu?
Apa itu ibu?
Apa itu saudaraku?
Mana bapaku?
Tak mungkin!!!!

Ibu dimuka pintu,
Berwajah pilu,
Dipenjuru kami berpelukan,
Menangis bersama,

Kata ibu,
Anakku ,
Bapamu sudah tiada,
Kami menangis lagi,
Anakku,
Kamu sudah tidak punya bapa,
Empangan mata ini tak mungkin terbendung,
Anakku,
Ibu akan menjaga kalian berseorangan,
Kami tersandar di situ......

Hari itu,
Anak ini dan bapanya perlu berpisah,



Namun,
Anak ini dan bapanya,
Kasih utuh di hati,
Sayang kukuh bersemadi,
Cinta tak akan rapuh,
Rindu tak mungkin jauh,
Jiwa tetap bersatu,
Walau jasad menjadi debu.
Azlinasarif_paisey...tiga perkara yang paling penting dalam hidup aku..emak.. glasses aku...duit! aku tak bleh hidup tanpa salah satu darinya....

20050217

puisi7

JIKA AKU MENANGIS

Jika hari ini aku menangis,
Esok barangkali aku menangis lagi,
Jika lusa aku terus menangis,
Tangisan itu mungkin sudah tidak bererti,
Tangisan itu hadir sendiri,
Aku tidak pernah memaksa jiwa untuk menangisi kehidupan,
Kerana aku tahu,
Kehidupan seringnya adil padaku,
Aku tidak pernah memaksa jiwa menangisi sejarah silam,
Kerana aku tahu,
Sejarah itu tidak pernah menipuku,
Tangisan itu tetap hadir sendiri,
Kerana aku kenal benar diriku,
Kerdil diriku disisiNya,

Ena_paisey-menangis boleh menjadi penenang... kalo korang raser serabut.. menangislah sepuas hati korang.. lepas tu korang akan rasa kool.... tapi lagi bagus kalo korang menangis sebab kenangkan doser dah melimpah ruah!

20050214

oppps.. dah lamer benor aku tak blog!!

dah dekat sebulan dah aku tak blog.. bukan aper aku raser cam malas skit plusaku pun sebok... chewah jer aku ni.. sebok ker penyebok aku pun tak tau, asik tido jer sekarang ni.. takder mood ar nak stadi... biler aku tak paham meler ar nak merepek nak meraban nak mencarut...sumer pun kuar... minggu depan nak kene g cherating cam malas jer tapi markah dekkk... markah.. kalo aku tak mengenagkan markah aku tu aku 4 sure tak nak g.. kalo g jenjalan jer tak per gak... tapi kalo g ader aktiviti yang aku tak beraper suker dan tak sesuai langsung dengan jiwa remajer aku ni memang ar aku tak suker dan tak eksaited langsungnak g... k adios... kapish!