20050304

puisi ntah yang ke beraper

SEMALAM YANG INDAH

Andai aku bisa berlari,
Mendapatkan semalam yang indah,
Pasti ku capai erat ia,
Biar kukuh sampai akhir hayatku,
Hari semalam,
Tidak akan mungkin berulang,
Walau semalam itu seribu harapan membakar,
Hari semalam,
Tak mungkin kembali,
Walau semalam itu syurga melambai,
Semalam itu berlalu,
Tanpa sempat kugapai serpihannya,
Semalam itu berlalu,
Tanpa sempat ku kutip zarahnya,
Semalam itu berlalu,
Meninggalkan keindahan berbeku di hati,
Aku menanti,
Penuh harap,
Jika mungkin,
Hari ini,
Atau esok,
Bisa menjadi semalam,
Kerana setiap semalam yang aku tinggalkan,
Pasti menitip seribu kekesalan.


Azlinasarif_paisey....seandainya semalam yang indah bisa berulang.. tak akan aku sia-siakan....aku mengharap setiap semalam yang datang.. tidak lagi membawa seribu penyesalan.