20050118

puisi lagi

HAKIKAT TSUNAMI (bila mana manusia lupa Penciptanya )
Tiada siapa menyangka,
Damparan ikan ada maknanya,
Sepi alam ada tandanya,
Tangisan haiwan ada alamatnya,
suram angin ada petandanya,
Tiada siapa dapat meramal,
Bila laut akan bergelora,
Bila pantai akan berubah,
Bila ombak akan mengganas,
Bila manusia akan menangis hiba,
Bila Tuhan akan laksanakan janji-Nya,
Sesungguhnya,
Tsunami itu datang bawa berita dari-Nya,
Perkabaran dari yang Esa,
Menyapa manusia yang makin alpa,
Lupa diri mana asal duduknya,
Amaran biasa dari Maha Pencipta,
Bahawa dunia ini persinggahan semata,
Lalu,
Bagi mereka yang menyedarinya,
Ombak ganas itu membawa seribu pesan dari-Nya,
Kepada seluruh warga alam,
Perlu sedar kerdil diri sebagai hamba,
Perlu tahu diri harus dituju kemana,
Syurga atau neraka?
Perlu ingat siapa yang mencipta kita,
Dari tiada kepada ada,
Perlu renung dimana kita,
Sedang kita sepatutnya sujud pada-Nya,
Tsunami itu datang menghambur,
Menyapu bersih nyawa,
Tidak mengira berat dosa atau pahalanya,
Sebagai ingatan dari-Nya,
Supaya kita makhluk seluruhnya,
Bersyukur atas setiap titisan nikmat-Nya,
Selagi kita diberi nyawa,
Selagi pintu taubat itu masih dibuka,
Kembalilah kepada-Nya Maha pencipta.