20050223

puisi5

ARAH MANA?

Benar hidup ini persinggahan,
Benar dunia ini sementara,
Benar derita takkan lama,
Benar jua segalanya takdir yang Esa,
Kerana itulah,
Aku mencari mana arahnya hidup,
Mengkaji mana letak dunia yang kupijak ini,
Menduga mana perlu kucampak derita ini,
Menghitung mana lagi takdir yang harus diterima,
Inginku menjerit,
Arah hadapanku tampak kabur!
Arah belakangku belum jelas!
Kiri kananku juga kelabu!
Atas tak mungkin kucapai!
Bawah tak bisa ku selam!
Lantas itu bagaimana kesudahannya?
Aku mahu menjerit lagi,
Semalam aku begini,
Hari ini aku begini,
Esok pastinya aku masih begini,
lusa mungkinkah aku terus begini?
Jika begitu kesudahannya,
Ada apa dengan kehidupanku?

Azlinasarif_paisey... arah itu aku yang menentukan... Dia yang mengizinkan...

No comments: