20050221

puisi3

JANGAN BICARA SOAL LELAKI

Lelaki dari kaca mataku,
Makhluk bernyawa,
Tanpa apa,
Lelaki ada,
Lelaki tiada,
Hidupku tetap biasa,
Lumrah lelaki itu,
Semua sama sifatnya,

Denganku,
Jangan bicara soal lelaki,
Kerana aku amat benci,
Jangan bicara tentang tampan segak lelaki,
Kerana tampan itu topengnya,
Jangan bicara soal kaya harta lelaki,
Kerana kaya cerminan peribadinya,
Jangan bicara soal bijaksana lelaki,
Kerana bijak mereka bukan kita,
Jangan bicara soal indah tutur lelaki,
Kerana tutur itu perangkapnya,
Jangan bicara soal baik pekerti lelaki,
Kerana baik itu ada makna,
Pergi!
Cari manusia lain!
Kalau mahu bicara soal lelaki,
Bukan aku orangnya,
Jika mahu bicara soal lelaki,
Tempatnya bukan disini,
Andai mahu bicara soal lelaki,
Benar,
Lelaki tidak salah,
Tapi soalnya,
Aku tidak mahu bicara soal lelaki.

Azlinasarif_paisey.. lelaki sumer pun samer jer.. hampeh+bangang=lelaki, aku bukannya benci lelaki.. tapi menyampah skit jer.. tapi kalo menyampah tu jadi banyak samer ar cam benci kot.. tapi kita kena ar terima hakikat lelaki dan perempuan itu diciptakan Allah berpasangan untuk memakmurkan bumi Tuhan ni, bukan menghancurkan bumi yang dah tak lamer nak musnah ni.....

No comments: