20050220

puisi2

BILA OTAK DI LUTUT

Manusia,
Bila otak di lutut,
Akalnya senteng,
Jiwanya serabut,
Aku bertemu dengan segerombolan manusia,
Yang otaknya di lutut,
Sopannya mungkin di tumit,
Kurang ajarnya di atas kepala,
Ramainya mereka,
Buat aku terlupa,
Barangkali otakku juga di lutut?
Barangkali aku tidak sedar,
Sesekali otakku di lutut,
Manusia itu pelbagai ragamnya,
Ada yang otaknya di kepala,
Itulah akal kurniaNya,.
Ada otaknya di lutut,
Belum mampu fikir panjang atas kurniaNya,
Ada juga otaknya dipijak-pijak,
Tidak pernah mahu bersyukur dengan kurniaNya,
Segerombolan manusia itu,
Hingga kini,
Otak masih di lutut.....

Azlinasarif_paisey=awatla bodoo....tengtengteng...cheng..aiyak!!!

No comments: