20050222

puisi4

MAHU JADI APA?

Aku mahu jadi apa?
Mahu jadi jurutera?
Aku tidak suka!
Jadi,
Mengapa harus aku di sini?
Belajar untuk jadi jurutera,
Memang aku tidak suka,
Kenapa aku tidak suka?
Malas mengira? tidak,
Aku suka mengira,
Susah? Tidak,
Tiada benda yang senang kalau malas usaha,
Bimbang beruban sebelum usia? Tidak,
Atau mungkin botak kepala? Tidak,
Habis, kenapaaa?
Aku tidak tahu kenapa,
Habis, mahu jadi apa?
Dari kecil aku tidak pernah terfikir mahu jadi jurutera,
Dari peguam, penulis ke geologist hingga doktor,
Jurutera tidak pernah tersenarai,
Itu dulu!
Karut!!
Masakan mahu jadi peguam?
Kalau berdebat tak pernah menang!
Masakan mahu jadi penulis?
Kalau mengeja tidak pernah betul,
Masakan mahu jadi geologist?
Kalau tidak belajar geografi,
Masakan mahu jadi doktor?
Kalau biologi C?
Ahhhhhh!
Usah peningkan kepala,
Apa salahnya dengan jurutera?
Jangan ditanya apa salahnya,
Salahnya Cuma.....
Salahnya Cuma.....
Salahnya Cuma.....
Aku tidak suka!!!!!!!!!!!

Azlinasarif_paisey.. suka tidak suka.. aku harus jadi jurutera!
Lepas grad nak join Mercy Malaysia...kalo ader tsunami lagi, aku sedia berkhidmat,
Cepat+tepat+hebat+bergabung=aku ler

No comments: