20050217

puisi7

JIKA AKU MENANGIS

Jika hari ini aku menangis,
Esok barangkali aku menangis lagi,
Jika lusa aku terus menangis,
Tangisan itu mungkin sudah tidak bererti,
Tangisan itu hadir sendiri,
Aku tidak pernah memaksa jiwa untuk menangisi kehidupan,
Kerana aku tahu,
Kehidupan seringnya adil padaku,
Aku tidak pernah memaksa jiwa menangisi sejarah silam,
Kerana aku tahu,
Sejarah itu tidak pernah menipuku,
Tangisan itu tetap hadir sendiri,
Kerana aku kenal benar diriku,
Kerdil diriku disisiNya,

Ena_paisey-menangis boleh menjadi penenang... kalo korang raser serabut.. menangislah sepuas hati korang.. lepas tu korang akan rasa kool.... tapi lagi bagus kalo korang menangis sebab kenangkan doser dah melimpah ruah!

No comments: