20080612

Badut Penarik Baju

Tersepit,
aku terhimpit di celah badut-badut penarik baju,
tapi aku tidak pernah letih,
kerana ini kehidupan,
setiap kali bergoyang,
badut penarik baju beraksi,
aku sesak,
aku lemas wahai badut budiman,
tapi aku tidak letih,
kerana ini kehidupan,


puisi pendek diatas ditujukan kepada warga-warga asing yang selalu berimpit impit ngan aku dalam bas...kalo bas tu brake jangan ler tarik baju aku...hish! sabo jer ler!

20080606

SELAMAT HARI BAPA...DAN HARI IBU!

HARI IBU DAH LEPAS..TAPI AKU TAK SURE HARI BAPA BILA... WALAUPUN AKU TAKDE IBU NGAN BAPA..AKU STILL NAK UCAP SELAMAT HARI BAPA DAN HARI IBU..


SELAMAT HARI BAPA KEPADA ABANG WEE YANG AKU SAYANGI...DAN SELAMAT HARI IBU UNTUK KAKAK IPARKU.. KAK IDA..SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DILIMPAHKAN RAHMAT ALLAH..TERIMA KASIH SEBAB JAGA AKU LEPAS AKU BERGELAR YATIM PIATU..TERIMA KASIH SEBAB AMBIL BERAT PASAL AKU..SUPPORT AKU DARI SEGALA SEGI...DAN JAGA AKU CAM JAGA ANAK SENDIRI...TIMA KASEYYY!..HEHE..AKU SENYUM LAGI NIH...SENYUMMMMM..TAPI AYAQ MATA CEK CAM NAK JATUH JER NIH...AISHHH...

TAK LUPA UNTUK KAKAK KESAYANGANKU ATAI..KAK ANI..DAN BAKAL IBU, KAKCIK...SELAMAT HARI IBU..

DAN SEMUA SIBLINGSKU...

DAN SELURUH UMAT MANUSIA SELURUH DONIAAA...

WAAAAAA...................SEDIHHHHSSSZZZZZ!

20080529

SMS merepek aku semalam

Semalam pas balik keje aku pun relax jap sambil tengok TV..tetibe ade sorang pompuan nih yang aku kenal sangat nih membalas meseg aku yang aku anta sejap pagi lagi..malam baru dier balas..so kitorang pun bermesej ler..lame tak dengar berita ler katakan...mula mula elok2 jer...tapi bila dah sembang pasal hal percintaan mesej dah jadi lain..hehe..bukan lain ape pun..lain sket jer..aku rase aku patut simpan mesej nih wat tatapan hari hari mendatang..bila takde keje, boleh gak aku gelak sorang sorang...heheh..kat bawah nih aku tulih sket mesej yang menjadi pilihan..huhu
-
-
-
-
-
aku:weh..ape perkembangan percintaan ko yang terbaru? ade dapat pakwe baru ker?
pompuan tu: percintaan tak best laa..tiada kumbang yang berjaya bertahta dihati
aku: huhu..camner kumbang nak bertahta kalau si bunga asyik jual mahal
pompuan tu:bunga hanya inginkan kumbang yang jauh..walau tidak bersua tapi hati tetap setia..hanya satu dalam sejuta
aku: ooo..bunga masih menunggu cinta hatinya.sungguh setia cinta si bunga, walau pintu hati diketuk kumbang..namun masih terkunci rapat ia.
pompuan tu:bunga hanya inginkan kumbang yg jauh disana
aku:haha..kelakar sungguh cik bunga ni..tapi semangat itu harus dipuji. kesetiaan pada cinta adalah mulia.
pompuan tu:besala ***. bunga yang sekumtum ini memilih baja..madunya pula hanya satu, susah diperoleh jika berdua, jikalau dapat, setia ke akhir nyawa..haha
aku:kalau tak dapat jawabnya merana. pasti bunga hidupnya kecewa. kerana bunga itu cinta, setia itu umpama tangkainya, mana muungkin berpisah ia. Fuh!
pompuan tu:jika ditakdir berpisah bunga dari tangkainya, maka itu takdir di alam dunia..InsyaAllah mungkin jodohnya di Syurga..kasihnya satu ..nyawa pasti bertemu jua..kuakua
aku:adoila wahai bunga.pecah perut mendengar kata2 tuan hamba.sungguh bermadah puisi layaknya. sudah lama benar hamba tidak bermain dengan kata2. yang indah dan asyik sebegini rupa.
pompuan tu:begitulah fitrah manusia ..bermadah bila berduka..berpuisi kala hati larahanya Allah tempat mengadu..mengharap sinar bahagia
aku: bahgia pasti menjelma., cuma masa dan ketikanya sukar diduga. kita cuma bisa mengharap cuma, takdir Tuhan menentu segalanya,doakan kita sentiasa dilimpah rahmatNya,tawakallah bila sudah habis jalannya,berserahlah jika itu ketentuanNya
ponpuan tu;oh..terharu betul mendengarnya
aku:hehe..itu pesanku wahai ****ku,hidup ini sementara, percaturannya pada kita, urusannya pada DIA, maha memakbul permintaan hambaNya. berdoalah padanya. jika jiwamu dan jiwanya ditakdir bersama, pasti satu hari bersama jua, namun jika itu bukan takdirnya, mungkin, Dia sediakan lebih baik adanya.
pompuan tu:sat2..nak tanya..dulu amek sastera ka?
aku:****ku, tidakkah kau sedar bahawa ***mu ini bijak berbicara, walaupun SPMnya tiada sastera. namun harus diingat satu perkara. sastera itu datang dari jiwa, yanh hatinya cinta pada bangsa, menyanjung budaya,pertahan maruah bahasa.
pompuan tu:oh..begitu rupanya..baru kutau..rupa rupanya *** seorang pujangga,biar ganazz tapi jiwa sastera, seperti bayu di tepian samudera..sepoi2 bahasa membuat hati terpana..
aku: kredit abissss...tak bleh nak balas dah...hahaha

haha..kalo kredit aku tak habis mau berjela jela lagi mesej nih..hehe..kepada sesiapa yang berkenaan tu..semoga engkau mendapat apa yang dihajati..jangan berduka lara..jangan birar hidup nestapa kerana cinta...kerana cinta satu satunya..hanya pada Allah yang asa....cewah! keh keh..terbawak2 plak aku sampai skang..ayat asik berbunga bunga jer...okes


CHEERS!

20080407

still working on it...aishhh!





nih pasal projek sound system punyer consultation paper nih..mende yang membuat aku asik tido jer skang sebab tensen...

i'm still working on it sir..tu jer yang aku boleh cakap...

20080401

Once upon a time di Genting

Nih gambo gi genting 2 taun lepas..dengan gamblenyer kitorang bertekad untuk gi genting dari JB dalam masa satu hari..dah ler tak mandi..nasib baik sejuk..tak berpeluh..kalo tak..sosak napeh den..


Lihatlah betapa gumbiranya kanak-kanak rebina ini bermain buaian..maklum ler kecik-kecik dulu tak dapat menikmati naik buaian..time nak tido baru mak masukkan dalam buai. memang best maut punyer..aku turun jer rase berpinau kepala...



Pastu naik plak mende alah nih...masuk dalam cawan yang pusing2 nih buat aku rase cam orang bodo..ade ker mende ni pun nak dibuat permainan..ish..ish..tapi aku tetap peace!.....pcot menunjukkan wajahnyer yang girang disudut gambo..sebijik cam antu pocong baru kuar dari kuburan...hiiihiiii...


Wajah-wajah ceria walopun tak mandi...Pcot dah sah-sah sentiasa ceria cam sang kancil..aku pun ceria gak..cam kerbau! wakakakaka..syok sungguh kutuk diri sendiri..

konvo awa yang best...eh..awa yang best ker konvo tu yang best?..konpius aku...



SABTU, Skudai. Hari ini member baik Ina yang manis iaitu Awa yang menawan telah melangsungkan upacara perkonvokesenan dirinya yang telah berlangsung dengan gilang gemilang.Turut sama mengonvokan diri masing-masing adalah Cek Teng yang jelita, Dini the bomb, Siti yang elegen.Walaubagaimanapun, keserian majlis telah terjejas dengan kehadiran seorang pengantin perempuan yang berbaju songket yang dikatakan tersesat di celah-celah majlis konvokesen itu. Perempuan yang dimaksudkan bernama Pcot atau lebih dikenali di opisnya sebagai Fiz( aku pun tak reti nak eja),Fisoh dan kadang-kadang menggunakan nama samaran Fie. kehadiran pengantin perempuan yang kelihatan mundar mandir di sekitar dewan Sultan Iskandar telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Apakah tujuan asal perempuan itu berkeliaran di celah-celah kalayak ramai? Siapakah yang dicari oleh perempuan itu sebenarnya? jeng jeng jeng...


aku memang suke buli pcot..sronot ooo buli pcot..jom sama2 kite buli pcot...

20080317

Been there..done it!



Sebenarnyer ade bende yang aku nak tulis pasal list baru billionaires dari forbes..tapi tenet nih slow nak mampus..aku dah tensen...aku letak jer gambor pompuan (aku ler tuh)yang akan masuk carta biloinare sepuluh taun dari sekarang..dia ngah merenung bila agaknyer nak kayaaa...wakakaaa

20080107

RAYA SAKAN VOLUME II

Walaupun tahun lepas, tapi aku nak jugak letak gambo-gambo time open house Dr. Mukhridza ni. Kat sini aku dengan berbesar hati ingin membuat ulasan gambo-gambo yang terpilih utuk diulas oleh aku….huhu..suke ati aku lerrr



1) Walopun makhluk bernama lelaki sedang mengalami kepupusan , namun hari tu membuktikan wanita juga sedaang mengalami kepupusan. Buktinyer ni jer yang ade ari tuh termasuk aku selaku jurukamera professional… hohoho..hukhuk..



2) Fuad sedang menunjukkan teknik mengipas yang telah dipelajarinye di Penang. Persoalannya sekarang adalah Adakah Fuad telah mempraktikkan teknik yang sama untuk mengipas lecturer? Namun jika dilihat kepada keperibadian Fuad yang jujur dan baik ati ( kipas jgn tak kipas)… aku percaya Fuad tidak melakukannya.. Syabas Bete!



3) Udang, ayam , ikan, sotong dan daging lembuuu telah menjadi mangsa pembakaran terbuka yang menyebabkan bertambahnye gas carbondioksida disamping menjadi mangsa kerakusan makhluk-makhluk di sekelilingnya yang tidak mampu lagi menahan kelaparan



4) Beberapa makhluk yang terselamat dari kepupusan sedang mgelentong anak lecturer tanpa motif. Adakah mereka Berjaya?



5) Ajaib! Khairul dan Pak Ya makan bersama. Mereka juga dikatakan sedang berbincang bagaimana untuk menjalinkan persahabatan di bulan baik ni. Namun Pak ya kelihatan melemparkan senyuman tidak berpuas hati dengan kata sepakat yang dicapai. Walaubagaimanapun Khairul kalihatan tersenyum bangga…sangat misteri… Apakah yang sedang difikirkan olah khairul?



** Nota penting: Gambar-gambar di atas adalah benar namun ulasannya adalah fitnah semata mata. Tiada kena mengena dengan semua yang terlibat dengan open house niii… voila…Ciao

20071024

Raya Sakan Volume I





Banyak benda yang jadi time 21 oktober hari tu.. sheik Muszaphar balik ke bumi, hari jadi aku ( thanks to awe sebab beli kek besday kat aku.. awe best!) dan yang penting aku beraye kat umah bujang picot.
Pagi tu kitorang memang dah cadang nak beraya kat umah Pcot. Sekali Pcot call cakap dia kene keje, pukul 4 baru balik, dia cakap jangan pergi sebab nanti dia tak boleh masak special- special. Tapi cakap punya cakap akhirnya kitorang cakap takyah ler masak best-best.. yang simple-simple cukup arr.. so dari plan nak pergi awal terus jadi lambat.. malam baru kitorang pergi lepas pergi beraya kat rumah Jai.
Sampai jer kat rumah bujang Pcot yang ala-ala mewah gak (rumah company), kitorang pun disambut oleh seorang perempuan yang mcam antu, pakai bedak sejuk penuh muke.. kat pintu rumah dier.. Sape lagi kalo bukan Pcot. Masuk jer dalam rumah.. pergh sekali Pcot masak Meehoon sup ngan soto. Cayalah..Pcot memang dah bersedia untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Sedap gak dia masak. Tak sangka Pcot memang berbakat besar dalam arena masak memasak.Pas ni boleh berenti jadi engineer pastu buka restoran arr... hehe..

20071020

Sesekali Teringat daaaa


Gambar time skolah dulu.. cube cari aku.. aku ler orang paling senang nak dikenalpasti... haha...hari nih hari jadi aku.. selamat hari jadi...selamat hari jadi.. selamat hari jadi azlina yang comel..selamat hari jadiii....
fuhhh..dah tua lagi setaun.. camner nih..camner nak buat..makin tua aku nih..arghhhhhhh.. tensen sungguh..tapi dalam tensen-tensen tu aku memang suke kalo aku makin tua..capat sket aku bleh abis blajar..cepat sket aku boleh keje.. cepat sket aku.... alaaa.sume pun jadi cepat ar senang kire...hehehehe..


aku: sume keje pun nak cepat..kire cincai laaa...

20071008

SELAMAT HARI RAYE


NI POST AKU TERAKHIR SEBELUM RAYE..
NAK WAT UCAPAN SKET ARRR..
AKU NAK UCAPKAN SELAMAT ARI RAYA KAT FAMILY AKU, SIBLINGS AKU ABANG YEE, ABANG WEE, ABANG DEN, ABANG CHEK, KAK ANI, KAK CIK, ATAI DAN AKU.. HUHU
KEPADA ANAK-ANAK SEDARA AKU YANG COMEL-COMEL,IWAN, AS FAREL, ANIS, SHAFIQ, SHAHEAR, ALIAH, AISYAH, AMIRAH, AFIFAH, IRDINA, BALQIS, NABIHA, HAZIQ, DAN SI KEMBAR TAPI MESRA, AREENA, AREEFA , SYAWAL, ZULL, DAN LATEST UDIN..HEHE

SELAMAT HARI RAYE...NANTIKAN KEMUNCULAN MAKSU DIRUMAH MENJELANG HARI RAYE NIH
LAST-LAST JADI JUGAK MAKSU BALIK RAYE...HUHU

20070921

Trippin' volume 2 ( singapore)




aku pening ar mende nii. aku nak upload banyak lagi gambo tapi tak jalan plak.. lantak ko laaa...nanti sok2 aku upload lagi.. ari nih aku dah tensen.....

1 Ramadhan

Ramadhan mengingatkan aku pada ibu yang telah pergi. Betapa Ramadhan itu punya erti besar dalam hidupku.

1 Ramadhan mengingatkan aku bila mana ibu berpesan tentang ibadah puasa.
Sebulan Ramadhan mengingatkan aku pada alunan merdu suara ibu melagukan ayat Tuhan yang pastinya tahun ini dan tahun-tahun mendatang aku tidak akan mendengarnya lagi. Akhir Ramadhan mengingatkan aku wajah gembira ibu melihat kami berkumpul riang.


Ramadhan ini,
Biar aku mengingati diri tentang ibadah suci ini.
Sepanjang Ramadhan ini, akan aku alunkan ayat suci walaupun tidak semerdu suara ibu.
Akhir Ramadhan ini. Biarkan aku sendiri.......... menilai diri.

Betapa aku merindui Ramadhan,
Betapa aku merindui ibuku,
Betapa aku merindui ibuku,
Betapa aku merindui ibuku,

Dan setiap hari aku berdoa, moga diberikan nyawa sehari lagi... kerana masih jauh perjalanan yang aku ingin tempuhi.

20070907

Trippin' Volume 1







Bila aku baca balik post lepas-lepas aku tengok banyak betui kesalahan ejaan yang aku buat...hahaha..pedulik hape aku!jangan harap aku nak edit balik!

okay..aku sebenarnyer nak upload gambo-gambo masa gi lawatan hari rabu lepas... saje nak mengindahkan blog aku yang sedia tak berape indah nih... pedulik hape
aku....huhu..

mula dari gambo tempat yang aku pergi, partner aku selaku roomate yang kucintaik, disusuli dengan jejaka2 malaya yang hampir pupus..( haha..korang bukan tau aku kutuk korang). dan gambo2 dari photographer yang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya.( aku ler tu) kalo yang tak lawa tu bukan salah aku...camera yang salah..

sekian , wallahua'lam


ok..adios!

20070906

Lost And Found versi aku.....



Hari ni aku gembira.. tapi ade gak berita yang buat aku sedih...Ape yang buat aku gembira dan sedih....
kena mula dengasn gelak ala pecah perut dulu.. yang gembiranyee.. aku dah jatuh chenta buat kali yang ke doblas ribu.... huhu. anak sape ar yang malang nak mampos tu arr...hahaha.. kat sebelah tu arr...adoilaa..pecah perut sungguh....

tapi ade yang buat aku sedih..... penyanyi poojaan aku dah takde... sadissss..adusss

20070829

Never Thought Life Would Be This Hard

Aku tak pernah terpikir yang aku akan berada kat tempat aku skang nih...bukan nak mengeluh.. aku takkan mengeluh walo susah macamane pun idup aku nih...aku blaja camner ak jadi kuat, aku blajar camne nak tebalkan muke aku yg mmg sedia tebal nih.. aku blaja berdikari sepenuhnyer.. aku blaja idup macam orang..bukan macam orang-orang yang asik terpacak jer..ak kate orang zama skag...takde soul..huhu


sok arr aku sambung...

20070724

12 Julai........4.10 pagi

Alfatihah buat Allahyarhamah Bonda yang tercinta SAADIAH AHMAD..
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
amin....

20070202

jom join aku kat friendster!!....

IKLAN: aku dah reopen aku buka aku punyer friendster account yg aku tutup tahun lepas..kalo korang rase korang kenal aku..add ar kat sini

P/S:welcome back naz...but i heard of something yang buat aku nak tergelak besar. ni Syed yg ckp..ape ape pun ko marah dier...ko tertido kat club? i wonder how u did that arr....was that some kind of meditation? or should i call it " the discotheque that plays lullaby..."..ok arr..aku tau ko mesti bace blog aku..aku ade pesan skit buat sahabat2ku esp ko n syed..tobat le wei! masih blum terlambat...huhu aku taknak letak comment nanti korang gaduh dlm blog aku...
PEACE!
once a devil..always a devil...no offence arr

20070131

these pics buat aku senyum sendiri.......




mungkin orang akan tanye apsal aku nak senyum sendiri laks..?ade maksud tersirat aku tuu...certain orang jer yang paham...those who involved in "the tragedy"...i'm not going to show what was actually happened..but here are some clues... you have the "notebook"?..(sape tgk blue's clues tau arrr..)..let see what the clues are?
- camera
- posing
- faces that full of stress
- but not for one of them
- shopping
- obsess
dah cukup dah clue tuh...

P/S:huuhu..nampaknyer cam aku sorang jer yang paham..:P