20070921

1 Ramadhan

Ramadhan mengingatkan aku pada ibu yang telah pergi. Betapa Ramadhan itu punya erti besar dalam hidupku.

1 Ramadhan mengingatkan aku bila mana ibu berpesan tentang ibadah puasa.
Sebulan Ramadhan mengingatkan aku pada alunan merdu suara ibu melagukan ayat Tuhan yang pastinya tahun ini dan tahun-tahun mendatang aku tidak akan mendengarnya lagi. Akhir Ramadhan mengingatkan aku wajah gembira ibu melihat kami berkumpul riang.


Ramadhan ini,
Biar aku mengingati diri tentang ibadah suci ini.
Sepanjang Ramadhan ini, akan aku alunkan ayat suci walaupun tidak semerdu suara ibu.
Akhir Ramadhan ini. Biarkan aku sendiri.......... menilai diri.

Betapa aku merindui Ramadhan,
Betapa aku merindui ibuku,
Betapa aku merindui ibuku,
Betapa aku merindui ibuku,

Dan setiap hari aku berdoa, moga diberikan nyawa sehari lagi... kerana masih jauh perjalanan yang aku ingin tempuhi.