Wang
Wang, duit,
Semua sama,Sama tara,
Sama guna, sama pentingnya,
Wang boleh beli,
Wang boleh pinjam,
Wang boleh dapat,
Wang boleh beri,
Aku dan wang,
Saling perlu memerlukan,
Tak ada wang,
Aku boleh pengsan,
Hilang wang,
Aku jadi berang,
Dapat wang,
Aku jadi senang,
Wang itu penting,
Wang boleh beli segalanya,
Wang boleh beli buku,
Untukku timba ilmu,
Buku makin mahal,
Wang makin kuperlu,
Wang boleh beli mahligai,
Indah, mewah tak pernah serabai,
Lebih besar mahligai,
Lebih banyak ketulan yang harus kugadai,
Wang boleh beli kereta cantik sekali,
Supaya gagah untukku telusuri,
Dapat berlari sepantas Ferrari,
Wang boleh beli pulau dan tanah luas,
Untukku jadikan ladang dan taman,
Paling indah paling menawan.
Supaya hidupku sentiasa aman,
Wang boleh beli sebuah Negara,
Serta rakyatnya yang ada,
Jika otak tidak dikepala,
Wang boleh beli maruah,
Sogok sahaja,
Maruah akan terbela,
Wang boleh beli cinta,
Mana mungkin ada cinta tanpa wang,
Pasir dipantai harus dibeli dengan wang,
Batu juga harus dibeli dengan wang,
Pokok juga harus dibeli dengan wang,
Jika akaun simpanan tak pernah ada,
Kerja? Jauh sekali beribu ela,
Harta? Sekangkang semut pun tak ada,
Mana mungkin ada cinta,
Wang boleh beli kasih ayah bonda,
Tebal wang, kasih bertambah,
Nipis wang kasih sukar dicurah,
Ini realiti,
Tak perlu dipertikai lagi,
Wang mampu buat semua perkara di dunia,
Wang mampu buat kita gembira dan ceria,
Wang mampu buat kita berduka nestapa,
Wang mampu buat kita merana jiwa raga,
Namun,
Walau wang itu boleh beli buku,
Untuk ilmu,
Jangan pula ilmu itu disalah guna,
Walau wang itu boleh beli mahligai,
Jangan pula riak hingga iman terabai,
Walau wang itu boleh beli kereta,
Paling mewah sepantas angin,
Jangan pula maut dijalanan,
Walau wang itu boleh beli tanah dan pulau,
Yang indah nyaman,
Jangan pula dibolot semua,
Hingga yang lain tidak punya apa-apa,
Walau wang itu boleh beli sebuah negara,
Kerana dungu rakyatnya,
Jangan pula mereka disiksa,
Walau wang itu boleh beli maruah diri,
Namun seharusnya,
Ia dijaga,
Walau wang itu boleh beli kasih ibunda,
Namun jangan pula diungkit, dicerita,
Walau wang itu segalanya,
Ia penawar,
Ia pemusnah,
Dan kita,
Manusia seluruhnya,
Yang saling mengejar wang,
Harus jangan mudah lupa,
Lupa dunia,
Lupa hari di sana,
Dan ingatlah,
Wang mungkin dapat beli segalanya,
Namun,
Wang tidak akan dibawa ke dalam keranda,
Wang tidak akan dibawa ‘ke sana’,
Wang tidak dapat membeli iman dan takwa,
Wang tidak dapat membeli pahala,
Wang tidak dapat menyewa ruang di syurga,
Ingatlah, wang itu perlu,
Dan,
Allah itu satu..
Azlina Sarif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku dah lamer wat mender ni dah dekat 4 taun aku tulis.. zaman kesengkekakn bermaharajalela
Post a Comment