Suatu hari,
Ketika turunnya hujan,
Aku terpaku,
renung sejenak pada kehidupan,
Terasa diri ini sungguh kerdil sekali,
Setitis air hujan yang jatuh,
Seribu rahmat dari-Nya,
Semakin air hujan itu jatuh,
Rahmat-Nya tidak terhingga,
Subur rendang pokok kerananya,
Basah tanah,
Sirami bumi yang kontang,
Ketika aku berjalan meredah hujan,
Aku mencari diri,
terkenang dosa-dosa lampau yang menghambat,
hati ini berdetik,
aku mahu lalui lorong-lorong pahala,
yang selalu aku abaikan,
basah kuyup tubuhku,
badan gigil seribu,
Meresap hingga ke hati,
Subhanallah,
KurniaMu tidak ternilai,
Terasa semakin hina aku disisi-Nya,
air yang membasahi,
berbaur air mata,
Menggongcang seluruh perasaan,
Untuk aku lahirkannya,
Sebagai tanda syukur,
Tuhanku,
Sesungguhnya,
Dalam rahmatMu,
Aku telah temui diriku.
Azlinasarif
Mid sem break 2003-aku tak balik cuti
Mission- mencari diri
Result- aku sedar kengkadang aku terlalu seronok dengan kehidupan dunia sampai leka dan lupakan Maha Pencipta.. itu kesilapan aku.. aku cuba betulkan..but still need guidance from The Almighty
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment