20080612

Badut Penarik Baju

Tersepit,
aku terhimpit di celah badut-badut penarik baju,
tapi aku tidak pernah letih,
kerana ini kehidupan,
setiap kali bergoyang,
badut penarik baju beraksi,
aku sesak,
aku lemas wahai badut budiman,
tapi aku tidak letih,
kerana ini kehidupan,


puisi pendek diatas ditujukan kepada warga-warga asing yang selalu berimpit impit ngan aku dalam bas...kalo bas tu brake jangan ler tarik baju aku...hish! sabo jer ler!

20080606

SELAMAT HARI BAPA...DAN HARI IBU!

HARI IBU DAH LEPAS..TAPI AKU TAK SURE HARI BAPA BILA... WALAUPUN AKU TAKDE IBU NGAN BAPA..AKU STILL NAK UCAP SELAMAT HARI BAPA DAN HARI IBU..


SELAMAT HARI BAPA KEPADA ABANG WEE YANG AKU SAYANGI...DAN SELAMAT HARI IBU UNTUK KAKAK IPARKU.. KAK IDA..SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DILIMPAHKAN RAHMAT ALLAH..TERIMA KASIH SEBAB JAGA AKU LEPAS AKU BERGELAR YATIM PIATU..TERIMA KASIH SEBAB AMBIL BERAT PASAL AKU..SUPPORT AKU DARI SEGALA SEGI...DAN JAGA AKU CAM JAGA ANAK SENDIRI...TIMA KASEYYY!..HEHE..AKU SENYUM LAGI NIH...SENYUMMMMM..TAPI AYAQ MATA CEK CAM NAK JATUH JER NIH...AISHHH...

TAK LUPA UNTUK KAKAK KESAYANGANKU ATAI..KAK ANI..DAN BAKAL IBU, KAKCIK...SELAMAT HARI IBU..

DAN SEMUA SIBLINGSKU...

DAN SELURUH UMAT MANUSIA SELURUH DONIAAA...

WAAAAAA...................SEDIHHHHSSSZZZZZ!

20080529

SMS merepek aku semalam

Semalam pas balik keje aku pun relax jap sambil tengok TV..tetibe ade sorang pompuan nih yang aku kenal sangat nih membalas meseg aku yang aku anta sejap pagi lagi..malam baru dier balas..so kitorang pun bermesej ler..lame tak dengar berita ler katakan...mula mula elok2 jer...tapi bila dah sembang pasal hal percintaan mesej dah jadi lain..hehe..bukan lain ape pun..lain sket jer..aku rase aku patut simpan mesej nih wat tatapan hari hari mendatang..bila takde keje, boleh gak aku gelak sorang sorang...heheh..kat bawah nih aku tulih sket mesej yang menjadi pilihan..huhu
-
-
-
-
-
aku:weh..ape perkembangan percintaan ko yang terbaru? ade dapat pakwe baru ker?
pompuan tu: percintaan tak best laa..tiada kumbang yang berjaya bertahta dihati
aku: huhu..camner kumbang nak bertahta kalau si bunga asyik jual mahal
pompuan tu:bunga hanya inginkan kumbang yang jauh..walau tidak bersua tapi hati tetap setia..hanya satu dalam sejuta
aku: ooo..bunga masih menunggu cinta hatinya.sungguh setia cinta si bunga, walau pintu hati diketuk kumbang..namun masih terkunci rapat ia.
pompuan tu:bunga hanya inginkan kumbang yg jauh disana
aku:haha..kelakar sungguh cik bunga ni..tapi semangat itu harus dipuji. kesetiaan pada cinta adalah mulia.
pompuan tu:besala ***. bunga yang sekumtum ini memilih baja..madunya pula hanya satu, susah diperoleh jika berdua, jikalau dapat, setia ke akhir nyawa..haha
aku:kalau tak dapat jawabnya merana. pasti bunga hidupnya kecewa. kerana bunga itu cinta, setia itu umpama tangkainya, mana muungkin berpisah ia. Fuh!
pompuan tu:jika ditakdir berpisah bunga dari tangkainya, maka itu takdir di alam dunia..InsyaAllah mungkin jodohnya di Syurga..kasihnya satu ..nyawa pasti bertemu jua..kuakua
aku:adoila wahai bunga.pecah perut mendengar kata2 tuan hamba.sungguh bermadah puisi layaknya. sudah lama benar hamba tidak bermain dengan kata2. yang indah dan asyik sebegini rupa.
pompuan tu:begitulah fitrah manusia ..bermadah bila berduka..berpuisi kala hati larahanya Allah tempat mengadu..mengharap sinar bahagia
aku: bahgia pasti menjelma., cuma masa dan ketikanya sukar diduga. kita cuma bisa mengharap cuma, takdir Tuhan menentu segalanya,doakan kita sentiasa dilimpah rahmatNya,tawakallah bila sudah habis jalannya,berserahlah jika itu ketentuanNya
ponpuan tu;oh..terharu betul mendengarnya
aku:hehe..itu pesanku wahai ****ku,hidup ini sementara, percaturannya pada kita, urusannya pada DIA, maha memakbul permintaan hambaNya. berdoalah padanya. jika jiwamu dan jiwanya ditakdir bersama, pasti satu hari bersama jua, namun jika itu bukan takdirnya, mungkin, Dia sediakan lebih baik adanya.
pompuan tu:sat2..nak tanya..dulu amek sastera ka?
aku:****ku, tidakkah kau sedar bahawa ***mu ini bijak berbicara, walaupun SPMnya tiada sastera. namun harus diingat satu perkara. sastera itu datang dari jiwa, yanh hatinya cinta pada bangsa, menyanjung budaya,pertahan maruah bahasa.
pompuan tu:oh..begitu rupanya..baru kutau..rupa rupanya *** seorang pujangga,biar ganazz tapi jiwa sastera, seperti bayu di tepian samudera..sepoi2 bahasa membuat hati terpana..
aku: kredit abissss...tak bleh nak balas dah...hahaha

haha..kalo kredit aku tak habis mau berjela jela lagi mesej nih..hehe..kepada sesiapa yang berkenaan tu..semoga engkau mendapat apa yang dihajati..jangan berduka lara..jangan birar hidup nestapa kerana cinta...kerana cinta satu satunya..hanya pada Allah yang asa....cewah! keh keh..terbawak2 plak aku sampai skang..ayat asik berbunga bunga jer...okes


CHEERS!

20080407

still working on it...aishhh!





nih pasal projek sound system punyer consultation paper nih..mende yang membuat aku asik tido jer skang sebab tensen...

i'm still working on it sir..tu jer yang aku boleh cakap...

20080401

Once upon a time di Genting

Nih gambo gi genting 2 taun lepas..dengan gamblenyer kitorang bertekad untuk gi genting dari JB dalam masa satu hari..dah ler tak mandi..nasib baik sejuk..tak berpeluh..kalo tak..sosak napeh den..


Lihatlah betapa gumbiranya kanak-kanak rebina ini bermain buaian..maklum ler kecik-kecik dulu tak dapat menikmati naik buaian..time nak tido baru mak masukkan dalam buai. memang best maut punyer..aku turun jer rase berpinau kepala...



Pastu naik plak mende alah nih...masuk dalam cawan yang pusing2 nih buat aku rase cam orang bodo..ade ker mende ni pun nak dibuat permainan..ish..ish..tapi aku tetap peace!.....pcot menunjukkan wajahnyer yang girang disudut gambo..sebijik cam antu pocong baru kuar dari kuburan...hiiihiiii...


Wajah-wajah ceria walopun tak mandi...Pcot dah sah-sah sentiasa ceria cam sang kancil..aku pun ceria gak..cam kerbau! wakakakaka..syok sungguh kutuk diri sendiri..

konvo awa yang best...eh..awa yang best ker konvo tu yang best?..konpius aku...



SABTU, Skudai. Hari ini member baik Ina yang manis iaitu Awa yang menawan telah melangsungkan upacara perkonvokesenan dirinya yang telah berlangsung dengan gilang gemilang.Turut sama mengonvokan diri masing-masing adalah Cek Teng yang jelita, Dini the bomb, Siti yang elegen.Walaubagaimanapun, keserian majlis telah terjejas dengan kehadiran seorang pengantin perempuan yang berbaju songket yang dikatakan tersesat di celah-celah majlis konvokesen itu. Perempuan yang dimaksudkan bernama Pcot atau lebih dikenali di opisnya sebagai Fiz( aku pun tak reti nak eja),Fisoh dan kadang-kadang menggunakan nama samaran Fie. kehadiran pengantin perempuan yang kelihatan mundar mandir di sekitar dewan Sultan Iskandar telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Apakah tujuan asal perempuan itu berkeliaran di celah-celah kalayak ramai? Siapakah yang dicari oleh perempuan itu sebenarnya? jeng jeng jeng...


aku memang suke buli pcot..sronot ooo buli pcot..jom sama2 kite buli pcot...

20080317

Been there..done it!



Sebenarnyer ade bende yang aku nak tulis pasal list baru billionaires dari forbes..tapi tenet nih slow nak mampus..aku dah tensen...aku letak jer gambor pompuan (aku ler tuh)yang akan masuk carta biloinare sepuluh taun dari sekarang..dia ngah merenung bila agaknyer nak kayaaa...wakakaaa

20080107

RAYA SAKAN VOLUME II

Walaupun tahun lepas, tapi aku nak jugak letak gambo-gambo time open house Dr. Mukhridza ni. Kat sini aku dengan berbesar hati ingin membuat ulasan gambo-gambo yang terpilih utuk diulas oleh aku….huhu..suke ati aku lerrr



1) Walopun makhluk bernama lelaki sedang mengalami kepupusan , namun hari tu membuktikan wanita juga sedaang mengalami kepupusan. Buktinyer ni jer yang ade ari tuh termasuk aku selaku jurukamera professional… hohoho..hukhuk..



2) Fuad sedang menunjukkan teknik mengipas yang telah dipelajarinye di Penang. Persoalannya sekarang adalah Adakah Fuad telah mempraktikkan teknik yang sama untuk mengipas lecturer? Namun jika dilihat kepada keperibadian Fuad yang jujur dan baik ati ( kipas jgn tak kipas)… aku percaya Fuad tidak melakukannya.. Syabas Bete!



3) Udang, ayam , ikan, sotong dan daging lembuuu telah menjadi mangsa pembakaran terbuka yang menyebabkan bertambahnye gas carbondioksida disamping menjadi mangsa kerakusan makhluk-makhluk di sekelilingnya yang tidak mampu lagi menahan kelaparan



4) Beberapa makhluk yang terselamat dari kepupusan sedang mgelentong anak lecturer tanpa motif. Adakah mereka Berjaya?



5) Ajaib! Khairul dan Pak Ya makan bersama. Mereka juga dikatakan sedang berbincang bagaimana untuk menjalinkan persahabatan di bulan baik ni. Namun Pak ya kelihatan melemparkan senyuman tidak berpuas hati dengan kata sepakat yang dicapai. Walaubagaimanapun Khairul kalihatan tersenyum bangga…sangat misteri… Apakah yang sedang difikirkan olah khairul?



** Nota penting: Gambar-gambar di atas adalah benar namun ulasannya adalah fitnah semata mata. Tiada kena mengena dengan semua yang terlibat dengan open house niii… voila…Ciao