Semalam pas balik keje aku pun relax jap sambil tengok TV..tetibe ade sorang pompuan nih yang aku kenal sangat nih membalas meseg aku yang aku anta sejap pagi lagi..malam baru dier balas..so kitorang pun bermesej ler..lame tak dengar berita ler katakan...mula mula elok2 jer...tapi bila dah sembang pasal hal percintaan mesej dah jadi lain..hehe..bukan lain ape pun..lain sket jer..aku rase aku patut simpan mesej nih wat tatapan hari hari mendatang..bila takde keje, boleh gak aku gelak sorang sorang...heheh..kat bawah nih aku tulih sket mesej yang menjadi pilihan..huhu
-
-
-
-
-
aku:weh..ape perkembangan percintaan ko yang terbaru? ade dapat pakwe baru ker?
pompuan tu: percintaan tak best laa..tiada kumbang yang berjaya bertahta dihati
aku: huhu..camner kumbang nak bertahta kalau si bunga asyik jual mahal
pompuan tu:bunga hanya inginkan kumbang yang jauh..walau tidak bersua tapi hati tetap setia..hanya satu dalam sejuta
aku: ooo..bunga masih menunggu cinta hatinya.sungguh setia cinta si bunga, walau pintu hati diketuk kumbang..namun masih terkunci rapat ia.
pompuan tu:bunga hanya inginkan kumbang yg jauh disana
aku:haha..kelakar sungguh cik bunga ni..tapi semangat itu harus dipuji. kesetiaan pada cinta adalah mulia.
pompuan tu:besala ***. bunga yang sekumtum ini memilih baja..madunya pula hanya satu, susah diperoleh jika berdua, jikalau dapat, setia ke akhir nyawa..haha
aku:kalau tak dapat jawabnya merana. pasti bunga hidupnya kecewa. kerana bunga itu cinta, setia itu umpama tangkainya, mana muungkin berpisah ia. Fuh!
pompuan tu:jika ditakdir berpisah bunga dari tangkainya, maka itu takdir di alam dunia..InsyaAllah mungkin jodohnya di Syurga..kasihnya satu ..nyawa pasti bertemu jua..kuakua
aku:adoila wahai bunga.pecah perut mendengar kata2 tuan hamba.sungguh bermadah puisi layaknya. sudah lama benar hamba tidak bermain dengan kata2. yang indah dan asyik sebegini rupa.
pompuan tu:begitulah fitrah manusia ..bermadah bila berduka..berpuisi kala hati larahanya Allah tempat mengadu..mengharap sinar bahagia
aku: bahgia pasti menjelma., cuma masa dan ketikanya sukar diduga. kita cuma bisa mengharap cuma, takdir Tuhan menentu segalanya,doakan kita sentiasa dilimpah rahmatNya,tawakallah bila sudah habis jalannya,berserahlah jika itu ketentuanNya
ponpuan tu;oh..terharu betul mendengarnya
aku:hehe..itu pesanku wahai ****ku,hidup ini sementara, percaturannya pada kita, urusannya pada DIA, maha memakbul permintaan hambaNya. berdoalah padanya. jika jiwamu dan jiwanya ditakdir bersama, pasti satu hari bersama jua, namun jika itu bukan takdirnya, mungkin, Dia sediakan lebih baik adanya.
pompuan tu:sat2..nak tanya..dulu amek sastera ka?
aku:****ku, tidakkah kau sedar bahawa ***mu ini bijak berbicara, walaupun SPMnya tiada sastera. namun harus diingat satu perkara. sastera itu datang dari jiwa, yanh hatinya cinta pada bangsa, menyanjung budaya,pertahan maruah bahasa.
pompuan tu:oh..begitu rupanya..baru kutau..rupa rupanya *** seorang pujangga,biar ganazz tapi jiwa sastera, seperti bayu di tepian samudera..sepoi2 bahasa membuat hati terpana..
aku: kredit abissss...tak bleh nak balas dah...hahaha
haha..kalo kredit aku tak habis mau berjela jela lagi mesej nih..hehe..kepada sesiapa yang berkenaan tu..semoga engkau mendapat apa yang dihajati..jangan berduka lara..jangan birar hidup nestapa kerana cinta...kerana cinta satu satunya..hanya pada Allah yang asa....cewah! keh keh..terbawak2 plak aku sampai skang..ayat asik berbunga bunga jer...okes
CHEERS!